ZAMAN PRA SEJARAH
Zaman Prasejarah merujuk kepada
zaman yang masih belum mempunyai tulisan dan terbahagi kepada tiga zaman iaitu
Mesolitik (Hoabinhian), Neolitik dan Logam manakala Zaman Proto-sejarah merujuk
kepada zaman yang sudah mempunyai tulisan tetapi dalam aksara kuno seperti
aksara India Selatan, Pali, Pallava danJawa Kuno dan ditulis dalam bahasa
Sanskrit, Melayu Kuno dan Jawa Kuno. Di Pahang boleh dilihat daripada catatan
bertulis asing terutmanya sumber dari China dan Arab-Parsi yang menyebut
tentang lokasi seperti Peng heng, Peng heng dan Tiyumah yang
merujuk kepada Pekan atau Pahang serta Pulau Tioman. Zaman ini juga boleh
dilihat daripada konteks kepentingan Laluan Penarikan, sejarah Pekan Bandar
Diraja, jumpaan seramik di Pulau Tioman, jumpaan arca patung dan kedatangan
agama Islam.
Zaman Mesolitik (Hoabinhian)
Istilah ‘Hoabinhian’ telah
diperkenalkan oleh seorang arkeologi Perancis mengambil sempena nama Hoa Binh
yang merupakan sebuah kawasan di Hanoi, Vietnam. Pada sekitar 1920-an, beliau
telah banyak menjalankan kajian arkeologi di gua-gua batu kapur di kawasan ini.
Beliau telah menemui banyak alat pebel yang direpeh pada sebelah permukaan
sahaja dan di dalam lapisan ini tiada tembikar. Maka, Colani telah mencadangkan
dalam Kongres Ahli Arkeologi Timur Jauh pada tahun 1932, bahawa Mesolitik
(Hoabinhian) ialah satu kebudayaan pemburu dan pemungut, sebelum Zaman Neolitik
berlangsung. Sejak itu, Hoabinh telah diterima pakai sebagai satu kebudayaan
yang telah berlangsung pada sekitar 12,000 – 5000 tahun yang lalu. Ini secara
tidak langsung menunjukkan bahawa budaya Hoabianh adalah pengganti budaya
Mesolitik yang tidak ditemui buktinya pada jangka masa tersebut di rantau ini.
Hasil kajian arkeologi di Malaysia terutamanya di Gua Bewah Terengganu
mendapati bahawa Zaman Mesolitik (Hoabinhian) ini menjangkau sehingga 16000
tahun dahulu.
Masyarakat zaman Mesolitik
(Hoabinhian) maju dalam teknologi pembuatan alatan batu. Ciri utama alatan batu
masyarakat ini berbentuk lonjong. Ia dihasilkan daripada batu pebble yang biasanya
di repih pada sebahagian atau keseluruhan permukaan. Sesetengah tulang haiwan
juga turut dijadikan alatan untuk berburu. Selain itu, aktiviti pemprosesan
bahan mentah untuk dijadikan barang kegunaan seharian seperti tembikar juga
semakin berkembang. Beberapa rangka manusia zaman Mesolitik (Hoabinhian) yang
ditanam secara melutut di jumpai di Gua Cha, Kelantan, Gunung Runtuh, Gua Baik
(Gol baik), Gua Cheroh and Gua Kerbau (Perak), Gua Bewah, Terengganu, Guar
Kepah, Seberang Prai and Gua Niah (Sarawak). Rangka yang paling tua dijumpai di
Gua Bewah berusia sekitar 14,000 tahun. Antara tapak-tapak tinggalan arkeologi
zaman Mesolitik (Hoabinhian) yang ditemui adalah di:
• Gua Tok Long, Gunung Senyum,
Temerloh (1951)
• Gua Sagu, Kuantan(1991)
• Gua Tenggek, Kuantan (1976)
• Gua Luas, Kuala Tahan (1976)
• Kota Tongkat, Jerantut (1920)
• Gua Kecil, Raub (1964)
Kapak Batu Hoabin
Perkakasan Batu Hoabinh
Zaman Neolitik
Zaman Neolitik dipercayai
bermula pada sekitar 4000 hingga 5000 tahun yang lalu. Survei dan ekskavasi
arkeologi semenjak awal 1900-an telah menemui bukti dan tinggalan kebudayaan
Neolitik di seratus lebih tapak arkeologi di Malaysia. Tapak-tapak tersebut
sering mendedahkan bukti dan tinggalan kebudayaan Neolitik di lapisan atas
lantai tapak dalam bentuk serpihan tembikar tanah, kapak batu, pemukul kulit
kayu, sisa-sisa makanan kadangkala pengebumian lunjur. Majoriti tapak
kebudayaan Neolitik yang ditemui terdiri dari gua atau pelindung gua.
Kadangkala tinggalan kebudayaan Neolitik juga ditemui di tapak terbuka di
tebing sungai seperti di Hulu Tembeling, Pahang. Gua atau pelindung gua sering
digunakan sebagai tapak penempatan atau pengebumian manakala tapak terbuka
biasanya digunakan sebagai tapak penempatan. Walau bagaimanapun, kebanyakan tapak
Neolitik di Malaysia yang dijumpai, khususnya semasa zaman kolonial, tidak
mempunyai rekod survei atau ekskavasi arkeologi yang sistematik seperti
pentarikhan kronometrik, pelan petak ekskavasi atau maklumat terperinci
mengenai stratigrafi, lokasi artifak dan asosiasi jumpaan. Masyarakat ini telah
mencapai kemajuan dalam teknologi pembuatan alatan batu. Alatan yang dihasilkan
adalah sangat halus dan licin kerana mereka mahir mengasah dan mengilap mata
tepi alatan batu seperti beliung, beliung berparuh, kapak batu, antan batu dan
pisau tembeling. Masyarakat zaman Neolitik sudah pandai membuat rumah, membuka
ladang dan menternak binatang. Gua pula telah dijadikan sebagai tempat
persinggahan dan pengebumian. Selain itu, mereka mula bercucuk tanam dan menetap
di kawasan kampung. Pada zaman ini mereka telah mula membuat periuk tembikar
dan alat perhiasan diri. Rangka manusia zaman Neolitik yang ditanam secara
lurus dijumpai di Gua Niah, Gua Lubang Angin (Sarawak), Gua Madai (Sabah) Bukit
Tengku Lembu (Perlis), Gua Magala (Sarawak), Lubang Jeragan (Sarawak), Guar
Kepah (Seberang Prai), Gua Kerbau (Perak), Gua Baik (Gol Baik, Perak), Gunung
Cheroh (Perak) dan Gua Cha (Kelantan). Antara tapak tinggalan arkeologi zaman
Neolitk adalah di:
• Tui Gold Mine, Padang Tunku,
Pahang
• Kampung Telang, Kuala Lipis
• Bukit Cintamani, Bentong
• Kota Gelanggi, Jerantut
Beliung Batu Berparuh Gelang
Tangan Kapak Tangan Kapak Batu Pisau Tembeling Serpihan Tembikar
Zaman Logam
Masyarakat Zaman Logam
selalunya berevolusi daripada masyarakat yang mengamalkan budaya Neolitik dan
petempatan mereka selalunya terletak di kawasan tepi sungai atau persisiran
pantai. Mereka juga aktif dalam aktiviti perdagangan serta telah menggunakan
alatan yang diperbuat daripada logam sama ada logam besi atau gangsa. Zaman ini
boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Zaman
Gangsa bermula apabila ahli arkeologi menjumpai bahagian berupa permukaan
gendang Dongson yang diperbuat daripada gangsa di Batu Pasir Garam, Hulu Tembeling
pada tahun 1926 manakala di Telok Lubuk Puai dan Bukit Komel, Hulu Tembeling
pula telah dijumpai bahagian bibir dipercayai serpihan daripada mangkuk gangsa.
Jumpaan gendang Dongson dan mangkuk gangsa ini dapat dikaitkan dengan aktiviti
perdagangan yang berlaku antara Semenanjung Tanah Melayu dengan daerah Dongson,
di Vietnam dan dipercayai artifak gangsa tersebut dibawa ke Ulu Tembeling
berdasarkan pentarikhan relatif paling awal sekitar antara kurun ke-3 SM hingga
kurun ke-2 Masihi. Manakala Zaman Besi pula bermula apabila ahli arkeologi
menjumpai alat-alat perkakasan yang diperbuat daripada besi seperti tulang
mawas di Sungai Lembing, Kuantan pada tahun 1981 selain jumpaan alat besi
bersoket di Bukit Jong, Kampung Nyiong, Tersang dan Kampung Jeransang
(Jerantut-Kuala Lipis). Ia merupakan peralatan kuno yang juga ditemui di Perak,
Selangor dan Terengganu. Taburan tapak Zaman Logam
lain_yang_terdapat_di_Semenanjung_Malaysia_ialah_di:
• Batu Buruk, Kampung Gaung,
Kampung Seberang Limbongan (Terengganu)
• Kampung Pencu, Muar; Lembah
Bernam, Sungkai, Changkat Menteri dan Sungai Plus (Perak)
• Klang, Kampung Sungai Lang,
Kampung Jenderam Hilir dan Sidu (Selangor)
Zaman Logam dipercayai bermula
sekitar 500 tahun sebelum masihi. Masyarakat Zaman Logam berevolusi daripada
masyarakat Neolitik dan petempatan mereka selalunya terletak di kawasan tepi
sungai atau persisiran pantai. Mereka aktif dalam aktiviti perdagangan serta
telah menggunakan peralatan yang diperbuat daripada logam sama ada logam besi
atau gangsa. Ada pendapat menyatakan zaman ini boleh dibahagikan kepada dua
zaman iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi dan ada yang mengatakan satu sahaja
iaitu zaman gangsa/besi. Bukti awal tentang zaman Gangsa bermula apabila ahli
arkeologi menjumpai bahagian berupa permukaan gendang Dongson yang
diperbuat daripada gangsa di Batu Pasir Garam, Hulu Tembeling pada tahun 1926.
Zaman Besi dikatakan bermula apabila ahli arkeologi menjumpai alat-alat
perkakasan yang diperbuat daripada besi seperti tulang mawas di Sungai
Lembing, Kuantan pada tahun 1981. Walaupun setakat ini artifak logam jenis lain
seperti sabit, kapak, pisau pemotong dan loceng gangsa belum dijumpai di
Pahang,_alat-alat_tersebut_adalah_antara_artifak_zaman_Logam.
Serpihan Gendang Dongson Tulang Mawas
Gendang Dongson
Zaman Logam
dipercayai bermula sekitar 2500 tahun dahulu. Serpihan gendang dongson
merupakan jumpaan awal yang sangat penting di Pahang. Ia pertama kali ditemui
di Kampung Batu Pasir Garam yang terletak di tebing Sungai Tembeling, Pahang.
Menurut Leong Sau Heng, “…the first Dongson type drums found in this country
was in fact recovered after a great flood in Tembeling Valley in Pahang in 1926…”
Sementara itu, menurut W. Linehan, jumpaan ini berlaku pada bulan Disember
1926 apabila banjir besar telah berlaku dan melimpahi tebing sungai Tembeling,
Pahang sehingga banyak membawa kemusnahan di kawasan persekitarannya. Selepas
banjir surut, ditemui beberapa objek yang sangat bernilai sejak zaman
pra-sejarah dan proto-sejarah; antaranya ialah gendang Dongson. Jumpaan gendang
Dongson ini dapat dikaitkan dengan aktiviti perdagangan yang berlaku antara
Semenanjung Tanah Melayu dengan daerah Dongson, di Vietnam dan dengan gendang
lain yang dijumpai di Klang (Selangor), Morib (Selangor), Batu Buruk
(Terengganu), Kg Gaung, Besut (Terengganu) dan loceng gangsa di Kampung Pencu,
Muar (Johor) dan dipercayai artifak gangsa tersebut dibawa ke Ulu Tembeling
berdasarkan pentarikhan relatif paling awal sekitar kurun ke-5 Sebelum Masihi
hingga kurun ke-3 Sebelum Masihi. Walaupun rupa bentuk fizikal artifak tidak
berada dalam keadaan yang sempurna, ia tetap merupakan bukti penting dalam
pensejarahan negeri Pahang. Pengkaji telah memberikan beberapa pendapat tentang
fungsi gendang Dongson. Antaranya ialah sebagai lambang kedudukan sosial,
peralatan ritual berkait dengan pertanian dan kematian.
0 komentar:
Posting Komentar